AL-IQNA' FI HALL ALFAZH ABI SYUJA'
Kitab al-Iqna' fi Hall Alfazh Abi Syuja' ( الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع ) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi'i yang terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi'i yang mutaakhir. Kitab ini adalah hasil karya al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbiniy (977H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn al-Taqrib atau terkenal dengan nama Matn Abi Syuja' sempena nama pengarangnya al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani(533-593H).
Kitab al-Iqna’ ini menjadi kitab standard bagi kebanyakan pusat pengajian Islam sama ada peringkat menengah maupun peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti di Timur Tengah. Di Malaysia, ia dijadikan teks pengajian fiqh Syafi’iyyah di pondok-pondok.
Berdasarkan beberapa edisi Arabnya, kitab ini mempunyai dua juz, yang digabungkan dalam sebuah buku.
Saya dapati kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa. Sebagaimana edisi Arabnya, kitab terjemahan ini juga mempunyai dua juz yang digabungkan dalam sebuah buku yang agak tebal, iaitu 1082 halaman.
Di antara kitab hasyiah bagi kitab al-Iqna’ ialah;
aa) Hasyiah ‘ala al-Iqna’, karya al-Imam al-Qalyubi, Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah, Syihabuddin al-Qalyubi al-Mishri (1069H/1659M).
bb) Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khathib (تحفة الحبيب على شرح الخطيب), karya al-‘Allamah Syaikh Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H). Kitab ini terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’i sebagai al-Bujairimi ‘ala al-Khathib. Baca lagi ...
cc) Hasyiah al-Nabrawi ‘ala al-Iqna’ (حاشية النبراوى على الاقناع شرح الخطيب لأبي شجاع)(masih hidup tahun 1257H), karya Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Nabrawi. Berdasarkan terbitan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ia dicetak dalam 3 jilid. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan حاشية النبراوى على الاقناع.

MENGENAL AL-IQNA’, SYARAH MATAN ABU SYUJA’ KARYA AL-KHOTHIB ASY-SYIRBINI
Motivasi penulisan “Al-Iqna’” adalah atas permintaan kawan-kawan dan murid-murid Asy-Syirbini yang sering mengkaji ilmu bersama beliau. Asy-Syirbini diminta agar berkenan membuat syarah untuk “Matan Abu Syuja’” yang bisa mengurai ungkapan-ungkapan yang sulit dan samar, disertai penjelasan “fawaid fiqhiyyah”, penjelasan ushul fikih, dan pembahasan soal-soal fikih aktual sebagaimana yang ditulis oleh Asy-Syirbini dalam syarah “At-Tanbih”, syarah “Minhaj Ath-Tholibin” dan syarah “Al-Bahjah”. Setelah Asy-Syirbini beristikhoroh beberapa waktu dan salat di dekat makam imam Asy-Syafi’i lalu merasakan dada telah menjadi lapang, barulah beliau memulai menulis “Al-Iqna’” ini.
Sasaran kitab ini sebagaimana ditulis oleh Asy-Syirbini adalah muqoddimahnya adalah untuk para pelajar pemula dan pertengahan. Untuk pelajar pemula diharapkan sudah cukup berpegang kitab ini jika ingin menguasai fikih mazhab Asy-Syafi’i, sementara untuk pelajar pertengahan diharapkan sudah cukup merujuk padanya jika ingin mengajarkan pada orang lain.
Kitab ini, sebagaimana karya-karya Asy-Syirbini yang lain memiliki keistimewaan bahasa yang manis dan jelas. Al-Umani Al-Bashri sangat mengagumi “Al-Iqna’’ karya Asy-Syirbini ini sampai membuat syair khusus untuk memuji kitab ini. Barangkali karena kemudahan bahasa yang digabung dengan mutu kitab yang tinggi lah yang menyebabkan kitab ini dijadikan sebagai kitab yang wajib di pelajari di Al-Azhar.
Dari sisi waktu penulisan, kitab “Al-Iqna’” bukan kitab yang ditulis Asy-Syirbini di awal-awal aktivitasnya menulis. Kitab yang mendahului yang ditulis oleh Asy-Syirbini adalah syarah untuk kitab “At-Tanbih” karya Asy-Syirozi. Setelah itu Asy-Syirbini menulis syarah “Minhaj Ath-Tholibin” yang kita kenal dengan nama “Mughni Al-Muhtaj”. Setelah selesai dua kitab ini barulah Asy-Syirbini mengarang kitab “Al-Iqna’”. Jadi, dengan sejarah seperti ini bisa dipahami bahwa kitab “Al-Iqna’” seakan-akan adalah versi ringkas dari “Syarah At-Tanbih” dan “Mughni Al-Muhtaj“. “Al-Iqna’” selesai ditulis pada tahun 972 H.
Dalam mensyarah, Asy-Syirbini menjelaskan “dhobth” lafaz “Matan Abu Syuja’”, menjelaskan arah merujuknya dhomir, mengurai lafaz-lafaz samar, dan menjelaskan dalil dari setiap permasalahn fikih baik dalil Al-Qur’an maupun As-Sunnah. Saat menjelaskan As-Sunnah kadang-kadang Asy-Syirbini juga mentakhrijnya.
Tidak semua ungkapan yang ditulis Asy-Syirbini mudah dicerna. Kadang-kadang ada ungkapan yang perlu direnungi lebih dalam untuk memahaminya. Untuk memahami dengan cepat dan memastikan maknanya, disarankan untuk memanfaatkan hasyiyah-hasyiyah yang ditulis untuk kitab ini, terutama karya Al-Bujairimi yang lebih terkenal dalam versi cetakan dengan nama “Al-Bujairimi ‘Ala Al-Khothib” (البجيرمي على الخطيب).
Sebagaimana telah disinggung sebelumnya, institusi Al-Azhar Asy-Syarif telah memandang kitab “Al-Iqna’” ini layak dijadikan kitab resmi yang dipelajari untuk para pelajar yang menuntut ilmu di Al-Azhar. Hanya saja, mengingat tidak semua yang ditulis di “Al-Iqna’” dianggap perlu dipelajari dan demi mempermudah untuk dipahami maka sejumlah ulama yang tergabung dalam tim khusus telah bangkit untuk meringkas dan mentahdzib “Al-Iqna’” ini. Hasil ringkasan mereka diberi nama “Taisiru Al-Iqna’”. Dalam ringkasan ini pembahasan-pembahasan yang tidak ada realitanya dibuang. Termasuk pembahasan-pembahasan yang janggal dan bertentangan dengan realita dan penemuan baru masa kini.
Perhatian ulama terhadap kitab ini cukup tinggi. Ada banyak hasyiyah yang dikarang untuk memperjelas dan menambah informasi di dalamnya. Di antara hasyiyahnya adalah, “Fathu Al- Lathif Al-Mujib bi Ma Yata’allaqu bi Kitabi Iqna’i Al-Khothib” karya Al-Ujhuri (w. 1084 H), “Hasyiyah Al-Madabighi” (w.1170 H)/ “Kifayatu Al-Habib Fi Halli Syarhi Abi Syuja’ Li Al-Khothib”, “Tuhfatu Al-Habib” karya Al-Bujairimi (w.1221 H), “Hasyiyah An-Nabrowi” (w.1275 H), “Taqrir ‘Awadh”, “Taqrir Al-Bajuri” (w. 1277 H), “Hasyiyah As-Sija’i”, “Hasyiyah Al-Qolyubi”, “Hasyiyah Al-Marhumi”, dan lain-lain.
Di antara sekian banyak Hasyiyah ini, yang paling terkenal dan telah dicetak adalah “Tuhfatu Al-Habib” atau yang lebih populer dengan nama “Al-Bujairimi ‘Ala Al-Khothib” dan “Hasyiyah An-Nabrowi”.
Manuskrip kitab ini bisa ditemukan di sejumlah perpustakaan, di antaranya “Dar Al-Kutub Al-Mishriyyah” di Mesir, perpustakaan “Markaz Al-Malik Faishol li Al-Buhuts wa Ad-Dirosat Al-Islamiyyah” di Riyadh; Saudi Arabia, “Maktabah Al-Auqof” di Mosul; Irak, “Dar Al-Kutub Al-Mishriyyah” di Kairo; Mesir, “Al-Ashifiyyah” di Haidarabad; India, “Maktabah Al-Harom Al-Makki” di Mekah; Saudi Arabia, ‘Al-Maktabah Al-Markaziyyah’ di Jedah; Saudi Arabia, “Maktabah Al-Auqof di Aleppo, Suriah”, “Dar Al-Kutub Al-Quthriyyah” di Doha; Qatar, “Maktabah Kulliyyatu Al-Adab Wa Al-Makhthuthot” di Kuwait, Bibliothèque nationale de France di Paris; Prancis, John Rylands Library, di Manchester; Inggris, “Princeton Library” di Amerika Serikat, dan lain-lain.
Sejumlah penerbit tercatat pernah mencetak kitab ini. Di antaranya adalah penerbit “Bulaq” tahun 1284 (dengan catatan pinggir “Hasyiyah Al-Madabighi” yang kemudian diterbitkan lagi tahun 1291 H dengan menyertakan taqrir syaikh ‘Awadh, lalu diterbitkan lagi tahun 1293 H dengan menyertakan taqrir Syaikh Al-Bajuri), “Al-Mathba’ah Al-Maimaniyyah” tahun 1307 H dengan disertai “Hasyiyah Al-Bujairimi” (kemudian dicetak lagi tahun 1310 H dan 1338 H), “Al-Mathba’ah Al-Khoiriyyah” di Mesir tahun 1318 H, “Mushthofa Al-Baby Al-Halaby” tahun 1359 H, Al-Azhar sebagai muqorror, “Dar Al-Fikr” di Beirut tahun 1415 H, “Dar Al-Khoir” di Beirut tahun 1417 H, “Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah” tahun 1425 H, “Dar Ibnu Hazm & Al-Jaffan wa Al-Jabi” tahun 1434 H, dan lain-lain.
Penerbit “Dar al-Fikr” menerbitkannya dalam 2 jilid atas jasa tahqiq “Maktab Al-Buhuts Wa Ad-Dirosat Dar Al-Fikr”. Penerbit “Al-Jaffan wa Al-Jabi” & “Dar Ibnu Hazm” mencetaknya dalam 3 jilid dengan ketebalan 1688 halaman atas jasa Tahqiq Bassam Al-Jabi.
رحم الله الشربيني رحمة واسعة
اللهم اجعلنا من محبي العلماء الصالحين
اللهم اجعلنا من محبي العلماء الصالحين

PPS AL-BAROKAH

0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan berkomentar apabila diperlukan dan dianggap penting!