السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat datang di blog Pondok Pesantren Al-Barokah Palabuhanratu PP AL-BAROKAH PALABUHANRATU menerima Santri Laki-laki & Santri Perempuan baru 2025
Tujuan saya membuat blog sederhana adalah untuk menuangkan ide-ide, pengalaman, ilmu yang saya dapatkan, yang kadang sering terbuang jika saya tidak menulisnya dan juga saya ingin membagikan ide, pengalaman, dan ilmu saya kepada para pengnjung blog saya, jika anda memesan sesuatu kaitannya dengan blog saya atau anda menginginkan agar menampilkan sesuatu pada blog saya ini silahkan dan Insya Allah saya akan lakukan selagi diberi kemampuan oleh Allah dan jika ada kesalahan atau kekurangan silahkan berikan saran di kolom komentar yang telah saya sediakan, tentunya dengan cara Islami/sopan santun

Minggu, 07 Juli 2019

Kitab Al-Iqnaa' Al-Mawardy

الإقناع للموردي

al-Iqna' ( الإقناع )


Kitab al-Iqna’ ( الإقناع )[1] yang ingin dikongsi dengan pembaca adalah sebuah karya dalam bidang hadis hukum yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh al-Mujtahid Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim bin al-Munzir al-Naysaburi (318H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Munzir.

Kandungan kitab ini dibahagikan kepada beberapa judul permasalahan fiqh yang dinamakan sebagai kitab tertentu, seperti kitab thaharah (bersuci), kitab Solat dan sebagainya.  Setiap kitab pula dibahagikan kepada beberapa bab.

Dalam kitab al-Iqna’ ini, Ibn al-Munzir bukan sekadar menghimpunkan hadis-hadis hukum sahaja, bahkan beliau juga memberikan huraian atau komentar setiap hadis tersebut.

Berdasarkan kitab al-Iqna’ yang ditahkik oleh Dr. Abdullah bin Abdul Aziz al-Jibrin, yang diterbitkan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1988,  kitab ini diterbitkan dalam dua jilid (828 halaman). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  الإقناع




[1] Selain kitab ini, terdapat kitab lain yang juga berjudul al-Iqna’, antaramya;
a)    al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي), karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H). Baca maklumat lanjut di sini.
b)  al-Iqna’ fi Masail al-Ijma’ (الإقناع في مسائل الإجماع). Sebuah kitab yang memhimpun beberapa permasalahan hukum yang dianggap menjadi ijmak para ulama. Kitab ini disusun oleh al-Imam Ibn al-Qaththan Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Malik al-Katami al-Hamiri al-Fasi (). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://waqfeya.com/book.php?bid=8916.
c)   al-Iqna’ fi Hal Alfazh Abi Syuja’  (الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع). Sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Muhammad Al-Khathib al-Syarbini (977H). Baca maklumat lanjut mengenai kitab ini di sini..
d)      al-Iqna’ li Thalib al-Intifa’ (الإقناع لطالب الانتفاع). Sebuah kitab fiqh mazhab Hanbali karya Syarafuddin Abu al-Naja Musa bin Ahmad al-Hijjawi al-Maqdisi, al-Dimasyqi al-Hanbali (895-968H). Maklumat maklumat lanjut mengenai kitab ini, boleh dibaca sebuah artikel (dalam bahasa Arab) di pautan http://www.feqhweb.com/vb/t3139.html. Kitab ini boleh dimuat 

Download Kitab Al-Iqna' Fil Fiqhi Asy-Syafi'i - Imam Al-Mawardi

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan berkomentar apabila diperlukan dan dianggap penting!