السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat datang di blog Pondok Pesantren Al-Barokah Palabuhanratu PP AL-BAROKAH PALABUHANRATU menerima Santri Laki-laki & Santri Perempuan baru 2025
Tujuan saya membuat blog sederhana adalah untuk menuangkan ide-ide, pengalaman, ilmu yang saya dapatkan, yang kadang sering terbuang jika saya tidak menulisnya dan juga saya ingin membagikan ide, pengalaman, dan ilmu saya kepada para pengnjung blog saya, jika anda memesan sesuatu kaitannya dengan blog saya atau anda menginginkan agar menampilkan sesuatu pada blog saya ini silahkan dan Insya Allah saya akan lakukan selagi diberi kemampuan oleh Allah dan jika ada kesalahan atau kekurangan silahkan berikan saran di kolom komentar yang telah saya sediakan, tentunya dengan cara Islami/sopan santun

Minggu, 07 Juli 2019

Kitab Al-Iqnaa' Lisy-Syarbiny

الإقناع للشربيني

AL-IQNA' FI HALL ALFAZH ABI SYUJA'

Kitab  al-Iqna' fi Hall Alfazh Abi Syuja' ( الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع ) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi'i  yang terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi'i yang mutaakhir. Kitab ini adalah hasil karya al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbiniy (977H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn al-Taqrib atau terkenal dengan nama Matn Abi Syuja'  sempena nama pengarangnya al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani(533-593H).

Kitab al-Iqna’ ini menjadi kitab standard bagi kebanyakan pusat pengajian Islam sama ada peringkat menengah maupun peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti di Timur Tengah. Di Malaysia, ia dijadikan teks pengajian fiqh Syafi’iyyah di pondok-pondok.

Berdasarkan beberapa edisi Arabnya, kitab ini mempunyai dua juz, yang digabungkan dalam sebuah buku.

Saya dapati kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa. Sebagaimana edisi Arabnya, kitab terjemahan ini juga mempunyai dua juz yang digabungkan dalam sebuah buku yang agak tebal, iaitu 1082 halaman.

Kitab versi Arabnya boleh dimuat turun di
Di antara kitab hasyiah bagi kitab al-Iqna’  ialah;

a)  Hasyiah ‘ala al-Iqna’, karya al-Imam al-Qalyubi, Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah, Syihabuddin al-Qalyubi al-Mishri (1069H/1659M).

b)   Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khathib (تحفة الحبيب على شرح الخطيب), karya al-‘Allamah Syaikh Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H). Kitab ini terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’i sebagai  al-Bujairimi ‘ala al-Khathib

c)   Hasyiah al-Nabrawi ‘ala al-Iqna’ (حاشية النبراوى على الاقناع شرح الخطيب لأبي شجاع)(masih hidup tahun 1257H), karya Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Nabrawi. Berdasarkan terbitan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ia dicetak dalam 3 jilid. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan حاشية النبراوى على الاقناع.

Semoga bermanfaat.
Download Klik di bawah





0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan berkomentar apabila diperlukan dan dianggap penting!